Pengenalan

Sekolah Alam adalah satu inisiatif pendidikan alternatif oleh Benevolent Malaysia melalui Kalam Budi Sdn. Bhd. yang menawarkan pendidikan holistik yang merangkumi kecerdasan intelektual (IQ), emosi (EQ) dan spiritual atau sosial (SQ) untuk anak-anak. Sebagai pendidik yang tidak rasmi, aktivis bertanggungjawab menyediakan ruang pembelajaran yang menyokong pertumbuhan anak-anak bagi menghadapi masa depan yang dinamik.

Pernyataan Konseptual

Sekolah Alam adalah model pendidikan alternatif yang bertujuan membentuk Al-Insan Al-Kulliy (insan dengan cita sempurna) melalui proses ta’dibi dengan alam sebagai guru serta bilik darjah. Pendidikan ini menekankan keseronokan, permainan dan penghargaan terhadap alam, jauh melampaui gajet dan hiburan buatan. Anak-anak juga diajar menghargai alam sebagai perpustakaan dan pasaraya yang menyimpan rahsia penciptaan, memupuk tanggungjawab untuk menjaganya sebagai “kerajaan kecil” (kingdom in miniature) sejajar dengan nilai kehidupan dan pendidikan.

Sekolah Masa Hadapan
Sekolah masa hadapan seperti Sekolah Bakat, Sekolah Hutan, dan Sekolah Alam menawarkan pendidikan alternatif yang membebaskan pelajar dari kehidupan bandar yang tertutup. Dengan pendekatan alami dan ta’dib, ia memupuk nilai, adab, dan akhlak sambil mempersiapkan generasi menghadapi dunia dinamik. Pendidikan ini menjadi jawapan kepada urbanisasi dan digitalisasi yang sering mengabaikan hubungan manusia dengan alam.

Bagaimana Sekolah Alam Beroperasi?

Sekolah Alam adalah model pendidikan yang menggunakan alam sebagai bilik darjah, menggabungkan pembelajaran praktikal, seni, budaya, permainan tradisional, dan tadabbur alam. Silibusnya merangkumi sains tauhidik, sejarah tempatan, kearifan watan, dan kelestarian bumi. Pendekatan berasaskan keriangan, permainan, sentuhan langsung, dan pembelajaran luar kelas bertujuan memupuk insan holistik dengan tanggungjawab sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi.

Kemenjadian yang Diharapkan
Sekolah Alam bertujuan melahirkan insan beradab yang teguh jiwa dan peka terhadap kehidupan melalui interaksi langsung dengan alam. Anak-anak akan mempelajari makna kehidupan sebenar, menajamkan indera, dan membangun hubungan spiritual dengan tanda-tanda kebesaran Tuhan dalam alam.

Melalui terapi alami seperti ‘grounding’ dan mandi hutan, mereka akan merasai keseimbangan hidup, memperoleh ketenangan dan menguatkan mental serta emosi. Alam yang menjadi “madrasah” ini memupuk rasa syukur, tanggungjawab memelihara bumi dan keupayaan menghadapi cabaran hidup dengan ilmu, iman serta budi.

FALSAFAH SEKOLAH ALAM

FALSAFAH SEKOLAH ALAM

TEKAN DISINI

OBJEKTIF DAN PERANCANGAN STRATEGIK

OBJEKTIF DAN PERANCANGAN STRATEGIK

TEKAN DISINI

AKTIVITI SEKOLAH ALAM

AKTIVITI SEKOLAH ALAM

TEKAN DISINI

Lokasi Sekolah Alam

  • Terachi, Kuala Pilah

Sebuah kawasan kecil di Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang menarik untuk diterokai dari segi warisan budaya dan tradisi Adat Perpatih, seni bina rumah tradisional, makanan kampung tradisional serta keindahan alam semula jadi kehijauan dengan pemandangan Gunung Angsi dan Gunung Pasir. 

  • Kebun Puisi, Bangi 

Sebuah lokasi terletak di Kampung Batu 5, Bangi Lama, ia menggabungkan elemen seni dan alam semula jadi yang sesuai untuk refleksi dan mendapatkan inspirasi idea kreatif. Lokasi yang strategik untuk menjalankan kem, pembacaan puisi atau aktiviti seni.

  • EDU FOREST UPSI, Tanjung Malim

Sebuah pusat pendidikan hutan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim yang memfokuskan kepada pembelajaran alam sekitar dan kajian lapangan persekitaran semula jadi. Terletak berhampiran Banjaran Titiwangsa dan dikelilingi oleh pelbagai air terjun yang menarik.

  • Tanjung Karang 

Sebuah kawasan di Selangor yang terkenal dengan sawah padi yang luas, menjadi destinasi menarik untuk memahami kehidupan petani serta menerokai aktiviti suasana kampung.

  • Danau Maninjau

Tasik kawah yang indah di Sumatera Barat, Indonesia, dikelilingi pergunungan dan hamparan sawah padi yang menghijau. Tempat ini menawarkan ketenangan jiwa dan pengalaman mengenali budaya masyarakat Minangkabau. 

  • D Lereng Meru Ipoh 

Pusat Peranginan D’Lereng Adventure Camp n Resort yang terletak berdekatan Lata Ulu Chepor,Chemor,Perak Darul Ridzuan.Berbekalkan suhu yang sejuk dan udara yang nyaman,tempat ini juga sangat sesuai bagi mereka yang inginkan kedamaian hati dan jiwa disamping me ‘release’ kan kepala dari segala masalah.

GALERI AKTIVITI SEKOLAH ALAM 

Frequently Asked Question (FAQ)

1. Apa itu Sekolah Alam?

Sekolah Alam adalah model sekolah alternatif dan masa depan untuk mencapai matlamat kemenjadian pelajar sebagai insan budiman yang cemerlang kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan spiritual (SQ).Ia dijalankan dalam program cuti sekolah sempena mengisi waktu senggang anak-anak dengan kegiatan sihat, tanpa peperiksaan, memenuhi maksud pendidikan sebagai alat penyemaian adab (ta’dib) kepada pelajar.

2. Siapakah pengasas Sekolah Alam?

Diasaskan oleh aktivis pendidikan alternatif di bawah Benevolent Malaysia manakala operasinya dijalankan oleh syarikat Kalam Budi Sdn Bhd. 

3. Dimanakah lokasi Sekolah Alam?

Setakat ini Sekolah Alam beroperasi di:
i) Kebun Puisi, Bangi Lama
ii) Rumah Warisan Uwan Robah RuWUR Terachi, Kuala Pilah
iii) Edu Forest UPSI, Tanjung Malim
iv) D’Lereng Meru, Ipoh
 v) Tanjung Karang, Selangor
vi)  Danau Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia
Manakala, pejabat pentadbiran syarikat yang menguruskan program ini ialah di Kota Warisan, Sepang, Selangor.

4. Dimanakah tempat berkumpul (pickup point) bagi menggunakan perkhidmatan pengangkutan kami? 

i) Kebun Puisi, Bangi Lama – Masjid Bandar Seri Putra.
ii) Rumah Warisan Uwan Robah RuWUR Terachi, Kuala Pilah- Terminal 1 Seremban
iii) EDU Forest UPSI, Tanjung Malim- UPSI
iv) D’Lereng Meru, Ipoh- Stesen bas Meru Ipoh
 v) Tanjung Karang, Selangor- stesen bas Tanjong Karang 
*tertakluk kepada perubahan tempat

5. Adakah Sekolah Alam terbuka kepada semua?

Kami menetapkan umur peserta minimum 7 tahun, manakala maksimum 17 tahun. Berbeza dengan Sekolah Alam di Danau Maninjau yang terbuka kepada pengawasan penjaga kerana di luar negara.

6. Adakah ibu bapa boleh turut mengikuti bersama anak mereka?

Disarankan tidak, tetapi sekiranya ibu bapa berhajat mengikuti program Sekolah Alam bersama anak mereka, penginapan adalah di bawah tanggungan sendiri.

7. Apakah beza Sekolah Alam ini dengan kem cuti sekolah yang lain?

Sekolah Alam mengandungi korpus ilmu seperti:
i) Tahsin Ibadah dan Hafazan Al-Quran
ii) Kelestarian (sustainability)
iii) Geografi dan Alam Sekitar
iv) Sains Tauhidik
v) Terapi Hutan
vi) Kearifan Watan (local wisdom)
vii) Kepimpinan Nusantara
viii) Sejarah Tempatan
ix) Seni dan Budaya
x) Permainan Tradisional
Ia menggabungkan elemen pendidikan yang bersifat keriangan, permainan (gamefication) dan berlangsung di bilik darjah terbuka (alam terbentang).