"Sekolah Alam bukan sekadar program, ia adalah gerakan untuk menghubungkan generasi muda dengan alam semula jadi. Kami percaya bahawa pendidikan terbaik lahir daripada pengalaman langsung bersama alam."

 

Objektif Sekolah Alam

 

1. Mengasah Pemerhatian Terhadap Perubahan Iklim dan Pemuliharaan Alam:
Mengembangkan kemahiran pemerhatian agar lebih peka terhadap perubahan iklim dan usaha memelihara ekosistem alam sekitar.
2. Pelengkap Kepada Pendidikan Arus Perdana:
Menjadikan Sekolah Alam sebagai pelengkap dalam pendidikan kemanusiaan dan kokurikulum persekolahan negara.
3. Membentuk Kepimpinan Kelestarian Alam:
Melahirkan pemimpin yang bertanggungjawab memelihara alam untuk generasi akan datang melalui latihan kepimpinan lestari.
4. Memupuk Kemahiran Berinteraksi dengan Alam:
Membantu generasi memahami nilai dan falsafah alam sebagai panduan dalam kehidupan.
 

Melalui perancangan strategik ini, kami berazam untuk membentuk pemimpin masa hadapan yang berilmu, prihatin, dan bertanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar.

Dengan Sekolah Alam, anak-anak bukan sahaja belajar tentang ilmu akademik tetapi juga membina kemahiran pemerhatian, kepimpinan, dan kepekaan terhadap perubahan alam sekitar.