1) Program Cuti Sekolah/Summer School. Sebagai program intensif dan kem pembelajaran untuk mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang bermanfaat serta dapat meningkatkan kemahiran melalui pengalaman secara langsung.
2) Gejala Alam Sebagai Subjek Pendidikan Menfokuskan integrasi pembelajaran dalam pendidikan mengenai fenomena semulajadi dan pembentukan geografi setempat. Sebagai contohnya, menimba pengetahuan tentang bentuk muka bumi seperti sungai, gunung-ganang, Jenis hutan dan memupuk kesedaran pelajar terhadap alam sekitar
3) Mengangkat Tema Kearifan Pribumi Sebagai Silibus Menekankan penerapan ilmu-ilmu dalam tradisi dan budaya masyarakat tempatan. Sebagai contohnya, kemahiran menggunakan peralatan tradisional, inovasi pembuatan kraftangan dengan menggunakan elemen alam, serta pengetahuan ekologi trasional. Ilmu boleh diperolehi dengan pemerhatian secara impirik melalui interaksi masyarakat secara lisan dan praktikum.
4) Lapangan Alam Dalam Bilik Darjah. Memperkasakan konsep penggunaan sumber dan elemen semula jadi sebagai pembelajaran. Tujuan utama adalah untuk menjadikan pembelajaran lebih interaktif dan releven dalam kehidupan sebenar pelajar. Iaitu menggunakan elemen alam bagi menerapkan konsep sains dan aktiviti luar dalam memberikan pengalaman langsung kepada pelajar.