Sekolah Alam menawarkan pengalaman pembelajaran unik melalui aktiviti yang mendekatkan pelajar kepada alam semula jadi, budaya tempatan, dan nilai-nilai murni. Program kami dirancang untuk membentuk pelajar yang seimbang, berilmu, dan berwawasan.

 Aktiviti Sekolah Alam:

  1. Taddabur Alam
    Tadabbur Alam adalah Proses merenung, memikirkan, dan mengambil hikmah dari ciptaan Allah di alam semesta, Tadabbur alam mengajak manusia untuk melihat memahami, dan menghayati tanda-tanda kebesaran Allah melalui fenomena alam. 
  2. Terapi Hutan (Forest Therapy)
    Terapi alam adalah pendekatan penyembuhan dan pemulihan kesihatan yang memanfaatkan interaksi  dengan persekitaran alam untuk memperbaiki keadaan fizik,mental,emosi, dan spiritual seseorang.
  3. Makmal Hutan (Permainan)Makmal Hutan merupakan aktiviti pembelajaran di luar kelas yang memanfaatkan keindahan dan keunikan hutan sebagai ruang pendidikan. Aktiviti ini memberi pengalaman langsung kepada pelajar tentang ekosistem, Biodiverisiti, dan sains dalam alam semula jadi.
  4. Makan Bertalam (Daun Pisang)
    Makan bertalam merujuk kepada cara makan secara berkongsi satu talam atau dulang besar di mana makanan dihidangkan di atas daun pisang untuk dimakan bersama.
  5. Ronda Desa
    Ronda desa adalah aktiviti perjalanan santai di kawasan desa untuk menikmati keindahan alam,dan mempererat hubungan sosial.
  6. Tahsin Ibadah
    Tahsin ibadah adalah proses meperbaiki dan menyempurnakan cara kita beribadah, bermula dari niat, bacaan, sehingga ibadah kita sempurna, khusyuk,menepati sunnah Nabi Muhammad SAW dan boleh diterima Allah SWT
  7. Kenali Tokoh Negarawan
    Aktiviti memperkenalkan pelajar kepada sejarah dan perjuangan tokoh negara, menginspirasi semangat patriotisme.Antara tokoh-tokohnya ialah Ahmad Boestaman, Buya Hamka dan Maarof Zakaria.
  8. Tradisional Games and Kampung Games
    Permainan kampung yang hampir ditelan zaman seperti baling selipar,galah panjang, dan lain lain kini dimainkan semula hanya di sekolah alam.
  9. Sains Peribumi
    Sains Peribumi adalah aktiviti pendekatan pembelajaran yang menggabungkan pengetahuan tradisional masyarakat peribumi dengan ilmu sains moden.