Tentang Kami

Kelkatu Experience merupakan agensi pelancongan yang berdaftar secara sah dengan MOTAC bersama RC Travel & Tours Sdn. Bhd. Ianya turut sah berdaftar di bawah Akta Industri Pelancongan 1992. Penubuhan syarikat ini sering dengan kehendak persaingan sihat bagi memberi perkhidmatan penerokaan pelancongan dalam dan luar negara.

 

Sebagai tarikan, Kelkatu Experience tampil dengan konsep berbeza. Padat dengan pengisian tentang tokoh dan kearifan watan (local wisdom) masyarakat setempat dengan konsep pelancongan pendidikan (edutourism). Konsep ini kurang diketengahkan di kalangan agen pelancongan yang lain. Secara tidak langsung, masyarakat bukan sekadar berjalan malah terdidik dan berpengetahuan akan sejarah yang pernah menjadi bualan hangat pada suatu ketika dahulu.

 

 

Kelkatu Experience menawarkan pakej yang sangat berbaloi daripada pakej standard sehingga pakej premium. Malah, ia sesuai untuk semua golongan masyarakat sama ada trip persendirian, keluarga, institusi mahupun korporat. Ciri mesra muslim amat dititikberatkan untuk keselesaan semua.