Rumah Godang

Pengenalan

Rumah Godang adalah satu pusat pelancongan sehenti yang menawarkan perkhidmatan pusat hentian pelancongan kebudayaan dan warisan Negeri Sembilan dengan mengadakan produk Muzium Hidup, Inap Desa, “Ruang Acara”, Majlis Perkahwinan, Team building dan latihan perundingan, katering dan pameran produk-produk Industri Kecil dan Sederhana.

Rumah Godang juga dapat memperkenalkan kepada pelancong dalam negara mahupun asing dengan membawa mereka merasai suasana sejarah warisan Negeri Sembilan terutamanya Minangkabau dan adat perpatih iaitu dengan menyambut kedatangan mereka dengan persembahan tarian dan alunan musik minangkabau, bertandu, pakaian dan makanan tradisional, hiasan warisan dan lain-lain.

Ianya menjadi pusat hentian rujukan mengenai alam budaya tempatan dengan membina pendokumentasian khazanah sejarah, budaya, tokoh, sastera lisan, seni budaya, permainan tradisional dan seni bela diri yang terdapat dalam masyarakat berkenaan.

Visi

Misi

Menjadi pusat sehenti pendidikan tidak formal dalam bentuk pelancongan sosiobudaya.

Melangsungkan adat dan budaya yang benar-benar hidup, bertenaga dan bermaya untuk dipersembahkan.

Menawarkan perkhidmatan yang terbaik serta pakej pelancongan – pendidikan yang langka.

Latar Belakang

Rumah Godang ini adalah salah satu dari tujuh (7) sayap perniagaan di bawah syarikat Benevolent Malaysia. Pada awalnya, Rumah Godang ini dibina hanya sekadar rumah persinggahan tetapi dengan corak kesenian, reka bentuk berciri tradisional Negeri Sembilan mencetus idea untuk membuat tempat untuk tarikan pelancong dengan budaya yang ada di Kampung Ulu Pilah, Negeri Sembilan. 

 

 

 

 

Pembinaan Rumah Godang ini melibatkan 29 buah rumah kayu lama dan terbiar dari sekitar daerah dan dibina semula menjadi sebuah rumah  baru.

Kayu yang digunakan berusia lebih dari 100 tahun. Pembinaan yang mengekalkan keaslian dan keunikan adat minangkabau.

HOMESTAY

HOMESTAY

MAKAN BERJAMBA

MAKAN BERJAMBA

EVENT SPACE

EVENT SPACE