Kebajikan dan Kesukarelawan

Misi Malaysia Pemurah - Edaran Bubur Lambuk Bukit Mahkota

Pada 23 Mac 2024, Sukarelawan Benevolent Malaysia bersama Biro Muslimat Masjid at-Taqwa Bukit Mahkota melaksanakan gotong royong memasak bubur lambuk untuk diedarkan kepada ahli kariah Bukit Mahkota. Mari Imarahkan Ramadhan. Ramadhan Pemurah. 

Misi Malaysia Pemurah - Jelajah Sentuhan Komuniti & Santuni Jiwa Asnaf

Pada 20 Mac 2024, jelajah Sentuhan Komuniti & Santuni Jiwa Asnaf di Kg Surau Haji Yaccob, Bukit Payung Marang Terengganu telah dijalankan. Hampir 1 bulan Benevolent Malaysia membuat persiapan Kotak Pemurah untuk diagihkan di bulan Ramadhan di Malaysia & untuk fasa pertama kali ini Kami berganding bahu bersama Pensyarah & 80 pelajar Unisza, I-MITS, Persatuan Cakna Terengganu, Pengerusi & Masjid KAMSUHAYA, MPKK & Persatuan Bulan Sabit Merah. Diharapkan jelajah ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kepada asnaf yang terpilih menjelang pertengahan ramadhan & syawal. 

Misi Malaysia Pemurah - Edaran Kotak Pemurah Dungun, Terengganu

Seramai 38 Pelajar Uniten, 4 orang pengiring dari Uniten, 9 orang pensyarah Unisza , 2 orang Yayasan Basmi Kemiskinan dan 5 orang staff Benevolent Malaysia telah berkerah tenaga bersama dalam misi edara sumbangan Kotak Pemurah ke Kampung binjai kepada keluarga yang terlibat dengan musibah banjir lepas. Seramai 50 orang yang telah menerima Kotak Pemurah. Semoga misi ini dapat dijalankan di masa akan datang.

Misi Malaysia Pemurah - Mobilisasi Pembersihan Pasca Banjir

Misi Mobilisasi Pembersihan Banjir di Sekolah Kebangsaan Minda,Talong yang diketui oleh Benevolent Malaysia dan Uniten. Juga tidak lupa pada Unisza, Bomba ketengah, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan Sekolah Kebangsaan Minda yang banyak membantu dalam misi Pembersihan Banjir di sekolah tersebut. Seramai 38 Pelajar Uniten, 4 orang pengiring dari Uniten, 9 orang pensyarah Unisza , 2 orang Yayasan Basmi Kemiskinan dan 5 orang staff Benevolent Malaysia telah berkerah tenaga bersama membersihkan kawasan yang terlibat dengan kesan lumpur banjir lepas.

Misi Malaysia Pemurah - Misi Kebajikan Komuniti Malaysia Pemurah

Kampung Parit Jidin & Kampung Lama Orang Asli Leboh, Batu Pahat, Johor. Misi Kemanusiaan kali ini menyasarkan mereka yang terkesan akibat banjir yang melanda di kawasan Batu Pahat, Johor pada beberapa bulan yang lepas. Pihak Benevolent Malaysia dengan kerjasama Yayasan Taqwa berjaya menyalurkan sumbangan untuk mangsa banjir dan bantuan raya kepada penduduk kampung-kampung terpilih antara yang terjejas paling teruk dalam banjir tersebut iaitu Kampung Parit Jidin dan Kampung Lama Orang Asli Leboh, Batu Pahat, Johor. Kami telah menyerahkan pek kotak pemurah secara terus kepada beberapa keluarga dan menyerahkan selebihnya kepada wakil ketua keluarga penduduk kampung untuk beliau mengagihkan mengikut pertimbangannya kepada baki keluarga mangsa banjir. Kita juga berbesar hati dapat melaksanakan misi ini ketika masih berada dalam bulan Ramadan, lagi-lagi dalam sepuluh hari terakhir bulan yang mulia ini. Di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan selamat menjalani pecutan akhir ibadah sehinggalah kita kembali ke fitrah pada menyambut hari raya nanti. Teruskan menyokong gerakan sosial Malaysia Pemurah.

Misi Malaysia Pemurah - Sumbangan 1000 Makanan Bersama USIM

Edaran Nasi Arab dan kurma kepada penduduk di sekitar pekan Semenyih hari bersama Kelab Iltizam Selangor. Tahniah kepada penganjur atas inisiatif menggerakkan sumbangan 1,000 kotak makanan kepada masyarakat sekitar. Kelab Iltizam Selangor dibarisi kalangan anak-anak muda yang punya nyalarasa (passion) untuk memberikan khidmat kepada masyarakat. Program ini turut dibantu oleh sukarelawan daripada Universiti Islam Selangor seramai 10 orang mahasiswa/i. Semoga lebih ramai mahasiswa/i dapat menjadi penggerak program-program begini sebagai tanggungjawab golongan terpelajar yang telah menerima pendidikan tinggi kepada masyarakat.

Misi Malaysia Pemurah - Misi Bantuan 70 Asnaf di Dengkil

Selesai edaran sumbangan kepada 70 keluarga asnaf di Qariah Masjid Sungai Buah, Dengkil, Selangor. Kami sampaikan amanah yang dilalukan daripada beberapa rakan kerjasama BMW Rider, IEEE Photonics Society Malaysia, Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UKM,Team Selangor, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Dengkil dan Team Selangor. Sekalung penghargaan kepada Ustaz Ridzuan Supardin, Nazir Masjid, Prof. Madya Ir. Dr Norhana Arsad, IEEE Photonics Society Malaysia dan Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UKM, YBhg Dato’ Romly Ishak, Penyelaras DUN Dengkil, Team Selangor dan semua yang menjayakan. Program begini adalah tanggungjawab moral kami di Benevolent Malaysia untuk berkongsi inisiatif untuk meringankan beban mereka yang memerlukan. Semoga ianya jadi ladang amal soleh yang akan dihitung hendaknya.

Misi Malaysia Pemurah - Misi Bantuan Prihatin Ke Istanbul, Turkiye

Rombongan Misi Bantuan JKR Prihatin, Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul dan Persatuan Pelajar Malaysia di Türkiye (Malaysian Students Association in Türkiye – MASAT) mengadakan Iftar Jamaie bersama pihak wakil pelajar-pelajar Malaysia di perantauan. Majlis berlangsung di Perkarangan Masjid Aya Sofya, Istanbul Türkiye. Seramai 50 orang pelajar Malaysia menghadiri majlis ini termasuk wakil Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul, Cik Nur Syafiqah binti Hamran mewakili YM Tengku Mohd Dzaraif bin Raja Abdul Kadir. Turut bersama kami pada majlis tersebut Imam Muda Asyraff yang turut menyampaikan pengisian kepada pelajar yang hadir. Majlis dimulakan dengan sesi penyampaian sumbangan bantuan daripada rombongan KKR kepada Setiausaha MASAT, Cik Lubna Khadijah Binti Adnan dan Penyelaras program, Cik Nur Najihah binti Tuah. Ucapan penghargaan kepada Presiden MASAT, Sdr. Muhammad Adib Bin Nor Azman, Timbalan Presiden 1 MASAT, Cik Alia Sabri serta Pn Hasna’ Izzati Binti Faizul Amri sebagai JK Keusahawanan MASAT atas penganjuran Iftar Jamaie pada kali ini. Kemudian majlis diteruskan dengan agihan pek rendang daging dan serunding kepada para pelajar Malaysia sumbangan dari Surau Kementerian Kerja Raya dan JKRPrihatin, bacaan doa bersama dan berbuka dengan kurma serta kuih-muih. Makanan yang disajikan adalah pelbagai menu masakan Malaysia dan Türkiye. Majlis Iftar bermula tepat jam 19:36 malam. Makanan bagi majlis ini telah disediakan oleh ahli Persatuan Pelajar Malaysia di Türkiye (MASAT), secara potluck. Majlis diteruskan dengan Solat Maghrib, Solat Isyak dan Solat Sunat Terawikh di Masjid berdekatan. Antara tujuan majlis sebegini dilaksanakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa/siswi pelbagai Fakulti dan Universti di Istanbul serta jalinan perhubungan mesra bersama wakil KKR dan JKR. Semoga majlis seperti ini dapat dilaksanakan, serta memberi manfaat kepada pelbagai pihak sekaligus mendapat keredhaan Allah.

Sumbangan Daripada Syarikat Skin Hygiene

Gudang Benevolent Malaysia menyambut sumbangan barangan daripada Syarikat Skin Hygiene berjumlah 40 ribu set kit kebersihan diri untuk diedarkan kepada NGO yang berkaitan. Kami sediakan ruang untuk penyimpanan barang sementara sebelum edaran dijalankan di seluruh negara. Terima kasih Sdr. Faiz Shuhaimi atas penyelarasan memastikan barangan ini dapat disampaikan kepada mereka yang berkaitan.

Misi Malaysia Pemurah - Misi Serahan Bantuan Gunung Merapi

Benevolent Malaysia melalui sayap agensi Kelkatu Travel memudahcara misi serahan bantuan bencana kepada masyarakat di lereng Gunung Merapi.
Misi ini diketuai oleh Dato’ Zahrul Hakim, Pengerusi Surau Kementerian Kerja Raya, Ustaz Ir. Hezry Md Shamsi dan rombongan. Beberapa keluarga penduduk dapat disantuni. Berada di sekitaran lereng Gunung Merapi yg masih aktif mendedahkan para penduduk kepada keadaan bencana pada bila-bila masa. Justeru Ia menuntut sikap berjaga-jaga. Komitmen pihak surau Kementerian Kerja Raya boleh dicontohi melalui usaha begini sentiasa peduli terhadap masyarakat. Fastabiqul khairat.

Misi Malaysia Pemurah - Kampung Batangan, Marang, Terengganu

Gambar-gambar edaran kepada yang sudi menerima edaran barang-barang keperluan asas daripada kami di Benevolent Malaysia. Terima kasih kepada Tok Abah dan Dr Jannah atas jasa baik menyambung edaran daripada semalam ke hari ini. Moga Allah merahmati.

Misi Malaysia Pemurah Pantai Timur -Tanah Merah, Kelantan

Benevolent Malaysia meneruskan misi bantuan banjir ke Pantai Timur sebagai program rutin yg dijalankan secara berkala. Kali ini kami sertakan sekali dengan peluncuran Kotak Pemurah (benevolent box) dan membawa bersama barangan permainan kanak-kanak (toys) untuk meraikan kanak-kanak dalam keluarga yg terjejas.

Sumbangan Daripada Re:Play Toy Recycling Hub & Toy Library, Da Men Mal

Menerima sumbangan mainan dan buku kanak-kanak terpakai yang kebanyakkannya masih elok dan cantik daripada Re:Play Toy Recycling Hub & Toy Library, Da Men Mall pada 10 Januari 2023

Sumbangan Daripada pihak WAMY (World Assembly of Muslim Youth)

Jutaan terima kasih kepada pihak WAMY (World Assembly of Muslim Youth) kerana memberi kepercayaan kepada kami bagi menyalurkan bantuan keperluan untuk mangsa banjir di Kelantan.

Misi Malaysia Pemurah Pantai Timur -Kerteh, Terengganu

Misi pembersihan dan pengagihan barangan untuk mangsa banjir di sekitar Jertih, Terengganu. Rata-rata masyarakat yg disantuni menyifatkan banjir kali ini sebagai pertama kali berlaku di kawasan mereka. Sesungguhnya banjir dan musibah sering mengajar kita akan nilai kebersamaan, saling membantu dan memupuk sifat kesalingan. Sukarelawan Benevolent Malaysia bersama Pertubuhan Belia Kerapatan Graduan Muda dan Official Gerakan Belia 4B Malaysia turun selama beberapa hari ini menghulurkan bantuan sebagai dolidariti kepada saudara yg ditimpa ujian.

Misi Malaysia Pemurah - Bantuan Banjir di Dengkil

Bertarikhkan 4 Disember 2022, pihak Benevolent Malaysia telah menyerahkan sumbangan banjir di Dengkil dengan bekerjasama Kerapatan Graduan Muda ( KAGUM ) di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Dengkil.