1) Sejarah Menjadi Nyata: Alami kehidupan masa lampau melalui pameran interaktif, demonstrasi langsung, dan cerita menarik.
2) Aktiviti Tradisional: Sertai pengalaman seperti membuat kraftangan, memasak makanan warisan, dan aktiviti budaya lain.
3) Jambatan Masa: Suasana autentik dan pelakon menghidupkan kisah silam, menghubungkan masa lalu dengan generasi moden.
Intangible Heritage
Warisan tidak ketara merujuk kepada elemen budaya seperti bahasa, seni, adat resam, dan pengetahuan tradisional yang membentuk identiti masyarakat.
Walaupun tidak berbentuk fizikal, ia memberi kesan mendalam kepada cara hidup dan hubungan sosial.
Pemeliharaannya penting untuk memastikan nilai budaya terus hidup, menghubungkan masa lalu dengan masa kini, serta memperkaya pemahaman terhadap kepelbagaian budaya dunia.
Edu-Cultural Tourism
Pelancongan berasaskan pendidikan sosial budaya (edu-cultural tourism) ialah pelancongan yang menekankan pembelajaran budaya, sejarah, dan tradisi melalui interaksi langsung dengan komuniti.
Ia mendalami warisan tidak ketara seperti seni, bahasa, dan adat resam, sambil memperkenalkan cara hidup masyarakat.
Selain memperkayakan pengalaman pelancong, ia turut memberi manfaat ekonomi kepada komuniti tempatan dan meningkatkan kesedaran terhadap warisan budaya.
2 Destinasi yang telah kami luncurkan sebagai pusat Pelancongan Kami:
RUMAH GODANG
Rumah Godang ialah sebuah projek yang mempersembahkan adat perpatih yang merupakan warisan tidak ketara (intangible heritage) dalam bentuk yang hidup (living museum) untuk tujuan pelancongan berasaskan pendidikan sosiobudaya (edu-cultural tourism)
Rumah Godang bertempat di Seri Menanti, Negeri Sembilan
Antara aktiviti yang kami tawarkan:
Menziarah Makam Tok Puteh
Tok Puteh merupakan seorang tokoh yang ternama di kawasan Seri Menanti.Yang merupakan juga pengasas Kampung Mertang ,salah sebuah kampung tertua di Kuala Pilah.
Jejak Raja Melewar
Jeram ini adalah salah satu laluan yang pernah dilalui oleh Raja Melewar pada suatu ketika dahulu.
Sambutan Persembahan Cak lempong Dan Gendang
Sambutan Cak Lempong dan gendang ialah adat menyambut tetamu yang yang kembali dihidupkan dalam tradisi masyarakat adat perpatih Negeri Sembilan.
Photoshoot Baju Tradisional
Sewaan baju-baju tradisional juga boleh dibuat di Rumah Godang untuk tujuan bergambar,majlis persandingan, dan lain-lain.
Makan Berjamba
Makan Beradat ini di hidangkan di atas dulang (jamba) yang bertutup kemas dengan tudung hidang bertekad. Sebelum acara makan berjamba dimulai dengan persembahan petatah petitih.
Melawat Rumah-rumah Pusako
Kawasan Seri Menanti merupakan kawasan yang paling banyak rumah-rumah pusaka yang masih terjaga mahupun yang telah ditinggalkan.
Galeri aktiviti yang berlangsung di Rumah Godang
RuWUR
RuWUR adalah pusat pelancongan pendidikan sosiobudaya yang dikelolakan dibawah Benevolent Malaysia .Ruwur atau Rumah Warisan Uwan Robah bertempat di Terachi , Kuala Pilah Negeri Sembilan dibuka kepada awam untuk sebarang aktiviti perkhemahan,aktiviti luar, bengkel, hari keluarga, dan sewaan majlis sosial. Nilai tambah mempelajari adat dan seni bina adat perpatih Negeri Sembilan.
Antara aktiviti yang kami tawarkan:
Melawat Batu Gajah
Batu gajah merupakan kawasan yang dipenuhi dengan batu -batuan yang besar dan mempunyai permandangan yang sangat menakjubkan.
Mendaki Puncak Banjaran Titiwangsa
Banjaran Titiwangsa yang bermula di Songkhla, Thailand dan berakhir di Tampin, Negeri Sembilan dan salh satu puncaknya berada di Terachi, Kuala Pilah
Sambutan Persembahan Cak lempong Dan Gendang
Sambutan Cak Lempong dan gendang ialah adat menyambut tetamu yang yang kembali dihidupkan dalam tradisi masyarakat adat perpatih Negeri Sembilan.
Makan Berjamba
Makan Beradat ini di hidangkan di atas dulang (jamba) yang bertutup kemas dengan tudung hidang bertekad.
Melawat kawasan Batu Megalitik
Batu Megalitik merupakan Batu-batuan yang hanya ditemukan di Negeri Sembilan sahaja,Batu Megalitik juga ialah batu-batuan yang hidup dan membesar.
Bermandi-manda Di Sungai
Di kawasan Terachi Negeri Sembilan mempunyai sungai yang masih bersih dan sesuai untuk dijadikan kawasan bermandi-manda
Galeri aktiviti yang telah berlangsung di RuWUR
Selain daripada Muzium Hidup atau living Museum Kami juga daripada benevolent mempunyai jaringan percutian lain yang menawarkan pelbagai pakej percutian luar dan dalam negara dengan harga berpatutan dan pelbagai aktiviti yang menarik
Pakej percutian di
tempat-tempat menarik yang
kami tawarkan sempena cuti sekolah
Jom sertai kami di Sekolah Alam untuk pengalaman percutian yang penuh dengan pembelajaran, aktiviti menyeronokkan, dan kenangan yang tak akan dilupakan! Pelajari budaya, sejarah, dan kemahiran tradisional, sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Tempat terhad, daftar sekarang!
Untuk sebarang pertanyaan dan kepada yang berminat mana-mana pakej yang kami tawarkan anda boleh hubungi kami dengan klik butang di bawah :