Hasrat untuk mewujudkan masyarakat mandiri yang dapat melepaskan diri daripada gejala sindrom kebergantungan kepada institusi pertama (kerajaan) menuju masyarakat yang bersimbiosis antara pelbagai kelas dengan hubungan saling melengkapi
From Malaysian to Malaysia and The World
Kami adalah sebuah komuniti keusahawan sosial yang bermatlamat ke arah" Rekayasa Warga Berkebajikan Pintar " (Towards Smart Charitable Society). Apa yang kami percaya dengan penguasaan modal di pasaran daripada kalangan mereka yang tidak diikat oleh gejala penjangkapendekan (shorttermism) yang bermatlamatkan keuntungan semata-mata, kita dapat merealisasikan visi pemberdayaan masyarakat melalui pengagihan kekayaan (distributive wealth). Ia adalah satu gerakan yang memacu kuasa lunak, diplomasi budaya untuk menyebarkan hegemoni Malaysia melalui kuasa rakyat (dari Malaysia ke Malaysia dan ke Dunia).