RuWUR (Rumah Warisan Uwan Robah) adalah rumah tradisional yang terdapat di Kampung Limau Purut, Terachi Negeri Sembilan. RuWUR berusia lebih 100 tahun dengan elemen adat dan budaya melatari konsep pembinaannya seperti seni bina dan falsafahnya.
RuWUR adalah sesuatu yang sangat berharga dan harus dipelihara. Langkah murni ini di ambil bagi memastikan warisan ini tidak hilang ditelan zaman. Disamping itu, dapat menarik minat orang ramai, khususnya generasi muda untuk mempelajari adat perpatih Negeri Sembilan .
Rumah ini dibina tidak mengunakan paku, sebaliknya dipasang menggunakan tanggam dan pasak, membolehkan ia dibuka dan dipasang semula tanpa merosakkan struktur dan seni binanya. Ianya telah banyak melalui proses untuk memastikan keaslian dan keunikan rumah ini terpelihara. Rumah ini menjadi satu-satunya rumah warisan yang tersisa di kawasan ini dan mempunyai keunikan tersendiri sebagai “Galeri RuWUR”.
Melalui inisiatif ini, kami ingin mengadakan program Adat perpatih bertujuan untuk menarik pengunjung domestik dan antarabangsa untuk menghargai keistimewaan rumah tradisional ini, serta meningkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian budaya kita melalui pameran, pertunjukan seni dan aktiviti yang berkaitan.
AKTIVITI
1)Sekolah Alam
Tadabbur Alam,
Alam & Peribahasa Permainan, makanan & pakaian desa, Telusuri denai alam, Camping & Kerohanian
🕛 3 Hari 2 Malam
📍 RuWUR,Terachi,Kuala Pilah
💰RM299/pax
💰RM 270/group (min 3org)
2)Makan Berjamba
Pakej Makan Berjamba
Masa Slot Tempahan
Slot 1 : 12 Tengah hari
Slot 2: 1 Petang-Fully booked
Slot 3: 2 Petang