Pembinaan Kapasiti

Bengkel Tatacara Memohon & Mendapatkan Geran Antarabangsa

Pada 3 Februari 2024, Benevolent Malaysia menganjurkan Bengkel Tatacara Memohon dan Mendapatkan Geran Antarabangsa yang dikelola oleh En Hanif Abdullah, Felo Komuniti BM. En Hanif Abdullah adalah seorang konsultan senior yang telah menguruskan puluhan projek dan geran bertaraf antarabangsa, sama ada permintaan dari domestik atau antarabangsa. Bengkel siri kedua ini disertai oleh CEO Yayasan Digital Malaysia, Pegawai Pendanaan IKIM, Bendaharo Ikram Muda dan lain-lain pihak yang berkaliber. Penganjuran bengkel ini amat memberi manfaat kepada mereka yang bergiat aktif dalam aktiviti sosial, NGO dan lain-lain yang sangat memerlukan kepada penghasilan cadangan kertas kerja dan geran yang boleh menjanjikan pulangan impak yang tinggi.

Bengkel Penulisan & Permohonan Geran Dana Antarabangsa

Pada 18 Februari 2023, Program Latihan Bengkel Penulisan & Permohonan Geran Dana Antarabangsa dalam siri EDU-NETWORKING PROFESSIONAL & BUSSINESS TRAINING telah berlangsung di Bilik Seminar Benevolent Malaysia. Program telah dibimbing oleh Bimbingan khas oleh pakar dalam pengurusan dana dan geran daripada kedutaan asing, NGO dan institusi antarabangsa, Saudara Hanif Abdullah Felo Kanan Benevolent Malaysia.

 

Latihan Sukarelawan Kursus Perkhidmatan Pembantu Peribadi (PA) anjuran Independent Living Centre

Team Benevolent Malaysia menghadiri Latihan Sukarelawan Kursus Perkhidmatan Pembantu Peribadi (PA) anjuran Independent Living Centre di PLPP, Bangi. Berpeluang merasai simulasi asas mengendalikan pesakit OKU seperti mengangkat masuk ke dalam kereta, menukarkan pakaian untuk pesakit yang terlantar di katil. Disertai juga dengan pendedahan etika menjadi pembantu peribadi dan etika membantu. Sesi diakhiri daripada Sdr Faiz Shuhaimi mengenai pengenalan dan prosedur menjadi pembantu peribadi. Terima kasih diucapkan buat urusetia ILC@PLPP dan barisan penceramah atas perkongsian ilmu sukarelawan yang bermanfaat dalam kursus kali ini.
 
“Rekayasa Warga Berkebajikan Pintar”