Sidang Meja Bulat

Sidang Meja Bulat Menoktahkan Kemiskinan : Peranan Sektor Ketiga

Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan Benevolent Malaysia telah mengurusetiakan siri Sidang Rundingan Meja Bulat mempertemukan pemain-pemain utama sektor ketiga. 

Himpunan ini sebagai bertujuan memusatkan fikiran, idea, kemahiran dan pengalaman daripada rakan-rakan NGO yang telah lama bergiat dalam upaya menoktahkan kemiskinan. Selaras hasrat kerajaan perpaduan untuk menoktahkan kemiskinan menjelang hujung tahun ini, NGO memainkan peranan signifikan untuk mengembleng usaha bersama dalam inisaitif murni ini. Beberapa dapatan dicapai yang dapat dibahagikan kepada 4 kluster antaranya ; kelestarian impak, peranan pemegang taruh ; peranan pemegang taruh, Peranan Sektor Ketiga sebagai Rakan Kongsi Kerajaan dalam Menoktah Kemiskinan, Inisiatif Berteraskan Data; Perkongsian Pintar Kerajaan dan Sektor Ketiga.

Sidang turut merumuskan beberapa resolusi yang akan dibawa dalam perbincangan pada Hari Kemiskinan Sedunia pada 17 Oktober 2023 nanti. 

Sidang Meja Bulat Profesionalisma & Tatakelola Sektor Ketiga; Membangun Naratif Sosial Nasional

24 Ogos 2023 – Benevolent Malaysia dengan kerjasama Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), UPM Philandure dan Persatuan Professional Pembangunan & Kelestarian Malaysia telah mengadakan Sidang Meja Bulat Profesionalisma & Tatakelola Sektor Ketiga; Membangun Naratif Sosial Nasional bertempat di Dewan Pertanian, UPM. Sidang meja bulat ini  dihadiri oleh 40 wakil dari pelbagai agensi berkaitan termasuklah Yayasan Petronas, Yayasan Bursa Malaysia, Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Yayasan Inovasi Malaysia, Majlis Belia Malaysia, Global Peace Mission Malaysia, dan Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Sidang meja bulat ini dimulakan dengan kata aluan oleh Prof. Dr. Haslinda Abdullah, Pengarah IPSAS dan diikuti pembentangan oleh Prof. Dr. Zulkifli Hassan, Pengerusi Persatuan Professional Pembangunan Kelestarian Malaysia dengan tajuk ‘ Profesionalisme & Tatakelola Sektor Ketiga: Membangun Naratif Sosial Madani.

Manakala sesi perbincangan telah dikendalikan oleh En. Khalid Al-Walid Mustafa Kamil daripada Benevolent Malysia dan Philandure ubtuk mendapatkan input-input dariapada peserta. Pada akhir sesi, resolusi dibuat berdasarkan perbincangan bersama pelbagai agensi yang hadir. Majlis penutup disempurnakan oleh Prof.Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor, Akademik & Antarabangsa, UPM. 

RTD ini adalah lanjutan daripada RTD pertama yang juga diadakan di IPSAS pada 27 Jun 2023 yang lepas. Manakala, untuk siri seterusnya, majlis berhasrat untuk mengadakan Konvensyen NGO SeMalaysia yang akan menuntaskan semua butiran dan dapatan dan resolusi yang telah dibahaskan dalam siri RTD.